Wirid Ampuh Mahu Harta Kekayaan

doa

~~~ Sayugia ~~~

Kami Juga Akan Dedahkan
KOD-KOD / Rahsia Amalan Kekayaan
Yang Diamalkan Ulama-Ulama Silam,
Untuk Merealisasikan Cita-Cita
Yang Anda Kejar Selama Ini …
Keampuhannya Telah Kami Buktikan!!!

- HASILNYA MENAKJUBKAN -

Sebagaimana Jasad Memerlukan Roh,
Begitulah Semua Jenis
Perniagaan & Pekerjaan
Juga Memerlukan Amalan Rohaniah Yang
KHUSUS …

Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini? Ilmu, wang atau selainnya? Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan 7 butir, pada setiap butir terdapat 100 biji. Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: “Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya.” Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

Sudah pasti anda pernah terdengar mungkin datuk atau nenek anda suatu ketika dulu pernah menceritakan bahawa ramai orang-orang soleh seperti Tok Guru – Tok Guru pondok, ahli pertapaan atau tok-tok lebai, kehidupan mereka tidak pernah dilanda masalah atau musibah ekonomi/kewangan, tanpa henti-henti mereka ber ibadat siang dan malam, berbanding kita yang bekerja siang dan malam tanpa henti-henti, namun tak nampak pun tanda-tanda kesenangan atau kekayaan akan menjelma, malah hutang semakin hari semakin bertambah-tambah dan hidup semakin hari semakin sempit.

Bagi mereka yang berniaga pula, perniagaan tak maju-maju… Bagi yang makan gaji, pangkat tak naik-naik lagi & kenaikan gaji <5% setahun walaupun sudah berusaha bersungguh-sungguh, TETAPI kawan-kawan yang buat kerja tak seberapa, naik pangkat tiap-tiap tahun & kenaikan gaji >10% setahun… WOW!!! KENAPA BEGINI JADINYA…?

Pelbagai usaha sudah diperbuat, namun tidak mendatangkan sebarang hasil lagi… Apa lagi yang tak kena ni…?? Kenapa Allah S.W.T belum lagi membuka Pintu Rezeki kepada kita, belum lagi menunaikan hajat atau cita-cita kita tersebut?

Maka timbullah pula persoalan tentang KEBERKATAN REZEKI, dapat duit banyak tetapi tak tahu kemana perginya… pergi kemananya duit tidak dapat dikesan ATAU kita kerap menerima musibah dan duit-duit tersebut terpaksa dibelanjakan sehingga kehabisan. Kita sendiri pun berasa hairan..

Cuba tanya diri anda siapakah manusia yang paling kaya di mukabumi ini? Ada orang mengatakan Bill Gates atau Warren Buffet atau Rich Allen dll lagi. Persoalanya, benarkah mereka ini kaya mengatasi kayanya orang-orang Islam??? Sejelasnya ini adalah ISTIDRAJ, Nauzubillahimin zaalik…

Situasi begini telah saya alami sendiri. Selepas mendapat ijazah B.Eng (Hons) Mechanical Engineering 1990, saya mulakan kerjaya saya sebagai jurutera muda di sebuah syarikat elektronik Jepun dengan gaji RM1500. Kerana taraf hidup yang menekan, amat susah untuk saya menyimpan duit gaji untuk membeli motosikal, saya terpaksa pergi kerja naik van kilang selama 10 bulan. Saya bekerja di kilang ini selama 6 tahun tanpa sebarang kenaikan pangkat & kenaikan gaji serendah RM30 setahun??? Ini amat menyedihkan. Tetapi pada masa yang sama saya tak pernah putus menyambung pengajian kitab dengan beberapa Tok Guru Pondok.
Sambil belajar ilmu Fardhu Ain, saya juga telah menerima beberapa Amalan Khusus untuk menambahkan rezeki daripada Tuan Guru. Amalan yang diterima BERBEZA dengan bacaan & ayat-ayat yang kita biasa dengari. Maka saya pun mulalah mencuba dengan mengamalkan ilmu-ilmu kaya itu. Memanglah pada peringkat awal, tiada apa-apa “Peningkatan/Perubahan” yang dapat dirasakan…
Tetapi keajaiban mula berlaku pada 1996, rezeki saya bertambah & bertambah, pangkat saya naik terus naik… Dari 2005, satu kejutan baru berlaku dalam sejarah pelbagai jenis perniagaan yang saya lakukan, pendapatan saya melonjak dari RM20,000 – RM35,000 setiap bulan, belum lagi dicampur dengan duit gaji, bonus, elaun, profit sharing & saham option syarikat… (Sila ke ruangan testimonial untuk melihat sebahagian pencapaian saya hasil Kehebatan & Keberkatan Ilmu Kaya yang saya pelajari daripada Guru-Guru Yang Soleh – JAUH SEKALI UNTUK SAYA RIAK). Saya terus mendaki dunia kegemilangan sehingga 2009… tetapi kini saya harus mulakan kehidupan baru, bermula daripada bawah lagi… Bak kata pepatah ” Hidup Ini Ibarat Roda. Adakala kita di atas, adakala kita di bawah”. Bahkan saya yakin, saya akan mengulangi lagi kejayaan tersebut dengan izin Allah jua, kerana saya tahu saya memiliki RESEPI kejayaan tersebut.

Pada masa yang sama, saya merasa terpanggil untuk mendedahkan KOD-KOD kekayaan ini kepada semua Muslimin & Muslimat yang benar-benar bertekad untuk mengubah nasib kehidupan, yang masih tetap mencuba tanpa merasa lelah, tetapi belum lagi mendatangkan hasil seperti yang dihajatkan.

Insya Allah, berkat Ilmu Kaya ini, sekiranya diamalkan dengan bersungguh-bersungguh & menepati segala persyaratan, anda pasti akan dapat apa yang anda cita-citakan selama ini, bahkan mungkin anda mendapat hasil yang lebih lagi….

Pernahkah anda diberitahu perihal NIKMAT kekayaan nama-nama di bawah ::

1 – Saidina Abdul Rahman Bin Auf
2 – Malik Bin Dinar
3 – Sheikh Abdul Qadir Jailani
4 – Imam Abu Hanifah
5 – Abdullah Bin Mubarak At Tamimi

Dan Ramai Lagi… tak terkira kot…

~ Apakah Ada Jalan Pintas ~

Anda Perlukan Pertolongan Sekarang???

Saudara mungkin telah mengamalkan wirid-wirid harian tertentu yang masyhur dikalangan ustaz dan orang-orang tua, tetapi belum lagi membuahkan hasil seperti yang anda ingini…
Di antara wirid tersebut : (Saya namakan wirid-wirid ini sebagai Wirid AM)

1 – Lau Anzalna

(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)

2 – Ayat 1000 Dinar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Dibaca 3x setiap kali selepas solat 5 waktu)

 

3 – Surah Al-Insyirah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.

Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

Barangsiapa membaca Alam Nasyrah (9X) sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Saya telah mengamalkan kebanyakan Wirid-Wirid Am tersebut dengan istiqomah, nampak juga hasilnya sedikit sebanyak, TETAPI, “Wirid Khusus Ilmu Kaya” yang diperturunkan dari ulama kepada ulama zaman berzaman, kami dapati sungguh HEBAT!!! Pengamal-pengamal dikalangan kami, ramai sudah berhasil. Masing-masing mendapat hasil dalam pelbagai kaifiat. Ada kaifiat yang biasa & ada juga yang luarbiasa… Ini terserahlah kepada Tuan Punya segala Kekayaan yakni Allah S.W.T.

Tetapi kami tidak dapat menjanjikan bahawa anda PASTI berjaya memperolehi kekayaan dengan mengamal “Wirid Khusus Ilmu Kaya” ini, kerana banyak juga faktor-faktor sampingan yang lain & Pantang Larang yang perlu ditepati. Ia memerlukan konsentrasi dan keikhlasan yang tinggi.

Walau bagaimanapun anda MESTI mencuba terlebih dahulu mengikut Panduan & Tatacara yang akan dijelaskan. WAJIB bersangka BAIK dengan Allah Taala.

Did you like this? Share it:
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More
Best Verizon Cell Phone Deals and Plans | Thanks to CD Rates, Reverse Phone Lookup and Registry Software